Wednesday, January 23, 2013

Peluang Sembuhkan Penyakit..

PRODUK TERHEBAT DI PASARAN 
diiktiraf sebagai " Herba Diraja " dan dikenali juga sebagai 'Lagenda Harta Karun Timur',Cordyceps di masukkan dalam jus, kopi, tablet dan kapsul.









Cordy Juize





DAN

 PELUANG MENJADI PERINTIS USAHAWAN HEBAT

 Kejayaan milik semua Perantis yang menyertai APMA melalui sistem Mentor Asia Herbal Biotech Sdn. Bhd 
Dengan Strategi Diamond to Diamond (D2D) Anda bakal mendapat pendapatan lumayan dalam masa 1 tahun,

MEGA ASET            RM 614,100.00
BONUS TUNAI        RM 555,750.00

Mari lihat maklumat lebih lanjut 

http://ahb4all.com/?id=AHBFUTURE


Monday, May 28, 2012

Klinik Wangsa DR Nadir Khan

Salam semua,...siapa yang pernah dengar nama DR NADIR KHAN ? doktor nie bertugas di klinik Wangsa di wangsa maju berdekatan dengan Jusco wangsa maju..aku percaya,sesiapa yang anak mereka bermasalah kesihatan seperti batuk berkahak mesti pernah pergi ke klinik nie...aku pun dapat info dari internet gak tentang klinik nie..itu pun sebab anak aku mengalami masalah batuk berkahak yang amat teruk..bernafas pun berbunyi setiap masa..Jadi semalam 27 mei,aku pun bawa la anak aku pi sana..dan apa yang boleh aku katakan...memang doktor nie "TERBAIK"..cara rawatan dia amat teliti,orang yang peramah dan tak lokek ilmu..alhamdulillah ,anak aku nampak lega sikit selepas rawatan dia berikan..sebelum nie aku dah bawa anak aku ke klinik di Medan Idaman gombak sekali, hospital besar 2 kali..tapi tak berubah gak..akhirnya, berkat kerajinan aku dok main internet mencari maklumat mengenai masalah batuk berkahak membawa aku ke klinik Wangsa bertemu doktor Nadir..Kepada sesiapa yang anak mereka ada masalah batuk berkahak,cubalah bawa ke Klinik Wangsa nie..insyaallah pasti lega.cuma perlu diingatkan,..DR Nadir hanya bertugas pada hari khamis dan ahad sahaja..selain khamis dan ahad tu,doktor lain pulak yang bertugas..apa pun, sila telefon dahulu sebelum datang ke situ ..03-41421614..(mana la tau kot2 dia bertugas hari lain) hehehe.........

Sunday, May 27, 2012

Projek 3D Anaglyph

Salam semua..dah lama tak update,bz memanjang ..kali nie aku update tentang projek album gambar 3D anaglyph..saja2 godek photoshop edit gambar supaya nampak 3D..tapi kalau nak tengok,kena la gunakan cermin mata 3D anaglyph red cyan..kalu tak, tak nampak la kesan apa2...aku gunakan model pengantin dari Besut Wan Isam dan Rubie sebagai projek pertama 3D aku nie...so far nampak berjaya, tapi tak sesempurna menggunakan kamera 3D..kalau nak beli kamera 3D,memang tak mampu lagi..so,buat la secara manual dengan rajinnya...apa pun,semoga wan isam dan rubie berpuas hati dengan pemberian album gambar 3D aku buat nie...

Thursday, December 15, 2011

Wan Isam & Rubie

Selamat Pengantin Baru Buat Wan Isam & Rubie...


Lokasi di Bukit Keluang Kuala Besut Terengganu, bertarikh pada 4/12/2011...Mamat ni actually kawan kat tempat kerja lama aku masa di Damansara dulu..(PSMB)..oleh kerana khidmat aku diperlukan untuk majlis Bertandang di rumahnya,aku pun terima la tanpa banyak soal..lagi pun ,boleh gak menjenguk orang rumah kat kampung yang sedang dalam Pantang bersalin.(kuala Terengganu)....tarikh majlis diorang nie mmg agak merisaukan aku...masa tu musim banjir plak melanda pantai timur..risau gak kot2 kena ambil gambar dari dalam sampan..haha..tapi bersyukur la..masa kat sana,hujan tak turun langsung dan sesi fotografi dapat dijalankan dengan jayanya bersama pembantu aku Rohaizal(janggut)...cuma,dalam kegembiraan berjaya ambil gambar tu,disulami perasaan hiba apabila dapat berita pemergian ayah yang disayangi ke rahmatullah ketika aku on the way balik KL...(4/12/2011) jam 6pm....masa tu baru sampai kuala terengganu..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..


Sunday, October 31, 2010

Thursday, October 14, 2010

Hobi Sekali Sekala


Salah satu hobi aku kalau btul2 takde keje apa nak buat kat umah....selongkar almari..cari gambar2 lama...scan masuk PC....pastu touchup..biasanye aku suka cari gambar hitam putih yang btul2 lama....try kasi kaler balik.....pastu print out kat kedai..seterusnye framekan...mula2 nak start tu,pening gak...tapi lama2...khayal je melayan touchup ...macam gambar atas nie...gambar arwah mak aku dan makcik2 aku pada tahun 1969...yang duduk tu la arwah mak aku yang tersangat dirindui....ada gak gambar2 lain yang aku dah touchup..tapi tak tau la mana letak...nak upload gak dalam nie..well,bukan apa...sekadar untuk berkongsi cerita dengan pelawat2 blog aku nie je...jumpa lagi ..............ariosss


Wednesday, September 29, 2010

"Sunrise" Di Tasik Mines Wonderland



" Cahaya Suria yang muncul di sebelah timur pada waktu pagi yang nyaman..Memberi inspirasi dan semangat yang menggunung untuk kita meneruskan hidup yang penuh dugaan dan cabaran..."






Semua gambar nie aku shoot masa nak pi kerja awal pagi...lokasi di Tasik Mines Wonderland...Serdang..kebetulan masa tu aku keje dekat sangat ngan Mines..hari2 dok lalu tepi tasik...apa lagi..mengambil kesempatan la sikit...sebelum matahari muncul,aku dah tercegat kat tepi tasik...tepi jalan je...dapat la snap beberapa keping gambar yang menarik......enjoy beb !!!..........

Tuesday, September 28, 2010

"Sunset" Taman Metopolitan


"Sepetang di Taman Metropolitan yang aman damai..Jalan-jalan sambil menikmati landskap yang indah dan cantik disinari cahaya matahari yang semakin kelam ke arah barat. Air tasik yang bersinar dan beralun sayu membuatkan hati menjadi tenang bagaikan hidup ini bebas dari sebarang masalah..."